BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 25, 2011

My Biodata ^_^..

Siapa saya??

Nama : Hamba Allah
Kerjaya : Pelajar
~Status bagi kita di dunia ini..
Selagi kita masih disini (dunia) inilah yg akan kita lakukan..
x kira siapapun anda..
Tempat Pengajian : Sekolah Kehidupan
~Pusat tarbiah yg terbaik buat semua makhlukNYA ^-^..
Lokasi : Dunia yg sementra
~Tempat persinggahan sebelum kita menjejakkan kaki ke alam lain selepas tamat pengajian nanti.
Pengetua : Allah
~Dia yang menentukan segala peraturan dalam sekolah kita..
dan Dia juga yang bakal menganugerahkan sijil pd kita sewaktu konvo nanti...
Jaga2 !! Jangan sampai anda membuat-NYA membenci anda.. susah masa depan anda nanti...
Pengawas : Malaikat
~Jangan sampai perbuatan jahat atau kenakalan kita terkantoi di depan Pengawas kita.
Guru : Nabi
~Semoga segala tunjuk ajar dari Guru kita, kita dapat praktikkan dalam kehidupan harian kita..

Jenis Peperiksaan : Ujian kehidupan
~Jaga2..jangan sampai kita mendapat markah yg tercorot pula dalam kelas ni..
Tempoh pengajian : Seumur hidup
~Tempoh yang sangat singkat untuk mengejar "Sijil" yg terbaik..
Jadi manfaatkan sebaik mungkin.
Tarikh tamat pengajian : Sewaktu menghembuskan nafas terakhir
~Tarikh terpenting dalam hidup kerana ia menentukan jenis sijil yang bakal kita terima nanti..
Tarikh Konvo : Hari Pembalasan
~Semoga kita mendapat segulung sijil yg boleh menempatkan kita ke tempat yang paling diimpikan oleh semua...SYURGA YG KEKAL ABADI...insyaAllah ^,^..

~ Ni lah biodata saya, Insan Kerdil (dan insyaAllah sahabat2 pun sama)..
~ Semoga kita mengambil perintan dari pesanan ringkas ini ^_^..

Berjaya & Cemerlang KITA Yang Macam Mane?

" Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.. " (53:39)


Bila kita kenal Allah dan mengharapkan persandaran hanya padaNya, kita akan menerima segala sesuatu yang ditakdirkan untuk kita dengan berlapang dada. orang yang hatinya bersama Allah..baik ke, buruk ke dia tetap akan bersederhana.. bila mendapat musibah dan ujian.. dia berbaik snagka dengan Allah.. tahu itu adalah tarbiyah (didikan) Allah untuknya.. untuk menguji sejauh mana dan setakat mana kesabaran, muhasabah hambaNya.. dan bila diberikan kejayaan.. dia bersyukur tetapi tidaklah merasakan kejayaan itu miliknya yang mutlak.. jangan kejayaan itu menjadikannya isti'raj (bimbang nikmat yang dikurniakan Allah, menjadikan kita lalai..)


jadilah kita MUSLIM yg belajar BKN pelajar MUSLIM! ada beza ke?? ummm..byk bezanya... pelajar muslim hanya semata-mata kerana dia seorang pelajar dan beragama islam..tp MUSLIM yg belajar..belajarnya kerana ALLAH...



  • studynya success, tp solat still awal waktu..xdilengah2kan..
  • stay up, stay up juga..qiyam dilazimi..subuh tak lajak...
  • berkwn..kwn jgak..tp berkwn dia krana ukhuwah & m'bawa kebaikan pd teman..
  • mse mudanya ini dihiasi dgn taubat, bakti, dan akhlak mulia..(xsesibuk nk couple2 or such things yg xberfaedah n lagho)
  • sukannya utk kesihatan, moga dimudahkan ibadah dan menjaga "dressing code" sukan yg syariat tetapkan..
  • sibuk, sibuk juga dgn assignment, lab report, ulangkaji, dan nota.. tapi masih dpat memberikan hak pada Quran untuk tidak meninggalkannya walaupun sehari...


ada pro dan kontranya!



kalau tak bce quran hari-hari pun, solat ada jgak tinggal, dating, couple3..dan bila studi sungguh-sungguh memang Allah akan bagi result yang bgus.. sebab Allah tu Ar-Rahman..
tp syanglah kita..tak dpat Ar-Rahim Allah..yang mana dua sifat Allah yang sangat berkait rapat bahkan permulaan surah juga dgn dua sifat Allah yang agung itu..kalau yang begini.. rugilah kita.. kita same je mcm Ah Chong atau Muthu yang dpat result bgus3 tu..


pastu pula yang..solatnya tak tinggal, bce quran hari-hari..tapi keputusannya tak la bgus pun..hmmm...mmg Allah nak uji..tapi kita kena muhasabah diri..solat, quran, mmg hak Allah.. tapi sunnatullahnya.. nak ilmu, nak pengetahuan kenalah studi jgak.. solat, bce quran tapi langsung xstudi tak bole la cm tu gitu kan.. ada juga studi tapi result still biasa2 aje.. itu maknenye usaha tak ckup kuat lagi..


MAKA..


marilah muhasabah diri..kita nak kejayaan yang bagaimana..berjaya ats slip result,tapi hak Allah fault..(walaupun org puji itu-ini).. sukses dgn hak Allah tp kat slip result fault juga..(ini tak bole, fitnah pada Islam nnti).. 


YANG SEBAIKNYA..JOM KITA JAGA HAK ALLAH TU YG UTAMA DAN KITE JAGA JUGA SUNNATULLAH YANG SEPATUTNYA..ITULAH ORG YG BERJAYA.. IAITU MUSLIM YANG BELAJAR KERANA ALLAH....^_^




p/s: moga bermanfaat....jga menjadi pedoman utk sy n shbat2 sy sume!



  • ilmu ni ilmu Allah..sy pun pinjam je.gunalah utk kebaikan:)

wallahu'alam...akhrul kalam..ilalliqo' wa..massalamah..barakallahu fikum..assalamualaikum....=)

Saturday, May 21, 2011

harapan~~

bila sesekali terfikir,mungkinkah terjadi pada diri sendiri??
kini,hanya doa yg dipohon pada sebuah harapan yg dipintal..
apapun nanti...moga diri tetap tabah dan kuat menghadapi...
"redha pada takdir Allah"......

TERIMA KASIH,IBUUU~

terima kasih ibu kerana selalu mahukan yang terbaik buat anakmu..terima kasih juga kerana terlalu tinggi nilai pengorbanan ibu buat kakak...terima kasih juga untuk setiap doa yang dititipkan sepanjang hayat akak...buat ibu..semoga bahagia selalu..ibu cinta hati kakak....♥