BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 5, 2011

Istimewa 2011 Untuk Anda

Menjadi fitrah manusia sukakan sesuatu yang baru; baju baru, mainan baru, komputer baru, TAHUN BARU =)

Maka memulakan cerita, saya nak ucapkan.. Selamat Tahun Baru.

Dalam Islam kita menyambut tahun baru pada 1 Muharram. Emm..hari ini berapa haribulan kalendar Islam ye =)

Kalendar Islam dihasilkan semasa pemerintahan Saidina Umar r.a. Kalendar Islam dimulakan dengan mengambil peristiwa hijrah sebagai titik permulaan.

Tapi ramai yang kurang tahu yang peristiwa hijrah berlaku pada Rabiulawwal dan bukannya Muharram. Menarik bukan =)

Jadinya kenapa pula kalendar Islam bermula dengan Muharram?

Sebenarnya bulan Islam dimulakan dengan Muharram kerana dikatakan inilah saat yang mana Nabi berniat untuk melaksanakan hijrah. Maka jadilah 1 Muharram detik permulaan =)

Rujukan? Haa...belajar mesti memerlukan usaha. Tidak boleh macam makan mee segera. Cepat dimasak sedap dimakan. Cuma kurang zatnya.

Untuk rujukan, dengan ini ana mempersilakan semua untuk membaca sirah Nabi s.a.w dan juga sejarah para sahabat r.a.

Kita perlu menjadi umat Islam yang cemerlang. Banyakkan membaca untuk berjaya. Ilmu itu untuk mereka yang mencari, bukannya untuk mereka yang suka goyang kaki =)

Selamat tahun baru.

Menuju kejayaan.

Menuju Islam yang gemilang =)

"KULLU SANATIN WA ANTUM BI KHAIRIN"
(btol ke??huhuhu)
p/s: kalu salah sila komen k....hehehe..
almaklumlah, lama tinggal b.arab

0 comments: