BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 27, 2010

Allah S.W.T Masih Sayangkan Saya

Tuhan masih sayangkan saya..

Ayat ini sering kita dengar diucapkan oleh masyarakat kita dimana sahaja, terutama apabila seseorang itu mendapat sesuatu perkara atau mengalami suatu peristiwa yang memberikan makna yang membawa harapan atau penyelesaian masalah dalam kehidupan seseorang itu.
Memang secara umumnya ayat ini nampak macam sedap dan lunak didengari. Tetapi, sedarkah kita apakah maksud sebenar dari ayat ini? Mari kita dengar sekali lagi:
"...Syukurlah, rupanya Tuhan masih sayangkan saya..."
Oh, jadi, selama ini kamu fikir Tuhan tak sayangkan kamulah? Maksudnya kita tanpa disedari telah berSU'ULDZON (Sangka Buruk) terhadap Allah kerana menghadapi beberapa kesukaran atau pun ujian didalam kehidupan. Hanya setelah diberi pertolongan atau harapan, barulah kita menyedari selama ini Dia masih sayangkan kita? Barulah teringat nak bersyukur? Begitu?
Perkataan MASIH dalam frasa di atas itu sahaja sudah bermaksud sesuatu yang sementara sahaja dan akan berhenti pada bila-bila masa. Tak faham? Ok, lihat contoh dibawah ini:

Saya MASIH belajar di UITM, saya akan berhenti belajar apabila berjaya menamatkan Ijazah Perguruan pada akhir tahun hadapan. ATAU
Saya MASIH menunggu ketibaan kapalterbang di KLIA . Kapal terbang dijangka tiba pada pukul 10 malam, ketika itu barulah saya akan berhenti menunggu.
Saya MASIH hidup walaupun mengalami kemalangan yang dahsyat kerana belum tiba ajal lagi.
SO, ADAKAH: Sekarang ini Tuhan MASIH lagi sayangkan anda , tetapi esok lusa tak tahu lah, mungkin Dia tak sayang pulak, ialah, manusia selalu buat dosa dan kemungkaran, so, mungkin bila buat dosa tu, Tuhan tak sayanglah...
SEDANGKAN Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang!! Allah SENTIASA SAYANG dan MEMANG SAYANG dan AMAT KASIH pada sekelian hambaNya. Tiada masih-masih dalam kasih sayang Allah!
Allah itu bukan seperti kita, manusia, yang mempunyai sifat dendam dan hasad, yang mana kita selalunya tidak akan mahu menolong orang yang membuat kesalahan pada kita. Memang benar, dosa membuatkan terhijabnya doa. Akan tetapi, Allah telah meletakkan sistemNya sendiri di mana hamba yang berdosa diberikan peluang untuk bertaubat sehinggalah nyawanya berada di kerongkong di saat sakaratul maut atau setelah matahari terbit dari sebelah barat.
Oleh itu, walau sebesar mana pun seseorang hamba merasakan dirinya berdosa, dia masih layak/entitled untuk berdoa dan doanya masih berhak untuk Allah dengari, selagi matahari belum terbit dari barat, atau roh sudah ditarik hingga kekerongkong oleh malaikat maut. Sama ada dimakbulkan atau tidak, terserah kepada budi bicara Allah S.W.T. Apa pun, ingatlah, bahawasanya, Allah hanya memberikan yang terbaik buat hamba-hambanya. Maka jika kita berasa diri kita banyak dosa, bertaubatlah. Mengapa perlu membiarkan diri terus hanyut dalam dosa hingga timbul rasa malu untuk berdoa pada Allah?

Daripada Anas bin Malik R.A
Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda: ‘Sesungguhnya Allah berfirman (maksudnya): Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu, maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak akan menganggap bahawa dosa kamu itu suatu yang membebankan (untuk mendengar doa kamu). Wahai anak Adam! Sekali pun dosa kamu seperti awan meliputi langit, kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya.
Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiKu (selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.’
(Riwayat Imam Tarmizi dan menurut beliau ini adalah hadis Hasan Sohih)
Hadis diatas dengan jelas telah menunjukkan kepada kita bahawa walau sebesar mana pun DOSA seseorang hamba itu, dosa tersebut tidak pernah dianggap bebanan oleh Allah untuk mendengar DOA dari hamba-hambanya.
Oleh itu, buangkan rasa inferiority complex (rendah diri yang tidak bertempat) dan juga Su'uldzon (Sangka buruk) yang hanya akan merugikan kita. Bertaubatlah dan mohon pertolongan dari Allah dengan rasa yakin dan husnuldzon.
Please be fair to HIM!!Hello.... Cinta dan Kasih Sayang Allah pada hamba-hambaNya tak sama dengan manusia yang fana ini, tolonglah faham dan kenali betul-betul.Oleh itu, saya sarankan supaya gunakanlah perkataan,
"Syukurlah..walaupun hidupku begini, namun aku tetap ada Allah yang sentiasa menyayangi diriku dalam apa keadaan jua pun."
Bukankah yang Baik itu dari Allah, dan yang Khilaf itu dari kelemahan kita sendiri? Semua orang pandai cakap ayat ini kan?

Ada yang memberitahu saya bahawa perkara buruk tak akan berlaku pada sesiapa pun tanpa izin Allah. Benar, tak akan bergerak sebutir hama walaupun semua manusia dan jin bersatu untuk menggerakkannya tanpa izin Allah. Akan tetapi kebenaran untuk memilih buruk baik itu telah lama diberikanNya sejak dari azali lagi. Wajarkah kita mengatakan bahawa:
Aku mencuri kerana telah ditakdirkan Allah bahawa aku akan mencuri.
Dizaman saidina Umar R.A, seorang pencuri yang berkata dengan perkataan di atas telah dipotong tangan akibat mencuri dan disebat 30 kali kerana mengeluarkan kenyataan seperti diatas.
Saidina Umar kemudian memberitahu bahawa pencuri itu dihukum sebat kerana berdusta atas nama Allah (Maksudnya mendakwa perbuatan jahatnya itu tidak dirancang sebaliknya Allah yang mentakdirkan sedemikian pada dirinya.)
Oleh itu, wajarkan kamu menuduh Allah yang mengizinkan perkara buruk berlaku atas kamu? Allah hanya memberikan perkara yang TERBAIK sahaja untuk kamu. Perkara buruk hanya akan berlaku keatas dari kamu hasil kesilapan kamu sendiri. Allah tidak pernah sesekali menzalimi diri kamu. Persangkaan yang mengatakan perkara buruk yang berlaku pada kamu adalah kerana Allah yang mentakdirkan kepada kamu itu hanyalah pandangan dangkal dan Su'uldzon. Oh, jadi, nanti kalau berlaku apa-apa musibah , bolehlah salahkan Allah, tak perlulah nak salahkan diri sendiri, begitu kah? Susah benarkah kamu fikir untuk Allah menciptakan makhluk yang independant dan intelligent?Hadis Qudsi riwayat Imam Ahmad:
Aku (Allah) akan mengikuti sangkaan-sangkaan hambaku, maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan.(Bukan dengan apa yang kamu risaukan atau khuatirkan)
- Ini adalah satu kelebihan dan kemudahan pada manusia sebenarnya, sekiranya anda menerapkan cara hidup berhusnuzzon dan berfikiran positif maka dengan izin yang telah dikurniakannya (kuasa eksekutif untuk memilih sempena kedudukan manusia sebagai khalifah) dari azali lagi ini, maka anda akan mendapati kehidupan anda dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.maka kerana itulah kajian Quantum fizik mendapati bahawa:
Anda menarik kedalam hidup anda apa yang anda berikan fokus, tumpuan, perhatian dan tenaga samada perkara negatif atau positif.
Sekiranya anda suka memberikan perhatian pada kisah-kisah buruk tentang perceraian dan keruntuhan rumah tangga orang lain, maka tenaga-tenaga berbentuk itulah yang anda juga sedang berusaha menariknya kedalam hidup anda.
Itulah Persangkaan-persangkaan anda (affirmation anda), atau fokus anda , perkara-perkara yang anda suka dan seronok bila membicarakannya beramai-ramai, senang cerita, mengumpat hal orang lain atau jaga tepi kain oranglah. Tindakan menyebarkan beritanya hanyalah menarik lebih ramai orang berbincang dan memperkatakan tentang keaiban orang lain yang mana sebenarnya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui hukum sebab musabab, dan juga Qada' dan Qadar tentang jodoh rumahtangga orang tersebut.

Ana dan Cinta

Setiap hari kawan-kawan rumah ana bercerita tentang lelaki idaman mereka: apa yang dikatakannya, apa yang ditawakannya, apa yang dilakukan dan segalanya, apa kandungan sms yang diberinya. Tambah-tambah lagi lelaki yang memang diidam mereka sejak dahulu, maka gembira bukan kepalang bila ‘mimpi selama ini jadi kenyataan.’ Ana tak terniat nak menunjukkan reaksi kurang senang. Mungkin ana sangat pentingkan diri. Ana takut nak memberitahu yang ana naik muak mendengar semua itu. Ana takut mereka semua marah pada ana. Ana memang pentingkan diri. Mungkin sebab kami telah lama menjalin ikatan persahabatan, ana takut ikatan ini putus begitu sahaja kerana salah faham. Hati ana berbelah bahagi.

Lantas ana tiada jalan lain selain menunjukkan muka kurang berminat bila mereka semua bercerita. Sememangnya, ana sakit hati bila fikirkan suatu persahabatan boleh bertukar menjadi berisiko bila tajuk lelaki muncul. Yang ana sedihkan, mereka fikir ana cemburu…. Dulu, ana seperti mereka, melompat kegembiraan bila dapat tunjuk ayu atau tunjuk baik pada lelaki yang ana suka. Di hadapan lelaki-lelaki ini, ana haruslah kelihatan perfect dan sempurna. Tambah-tambah lagi bila mereka senyum atau tegur, dunia kelihatan cerah walaupun hari hujan. Ana tahu, kawan-kawan ana cemburu pada ana. Mereka bercakap di belakang ana. Ana tahu ada kawan ana yang selalu menangis kerana cemburukan ana. Allah memberi ujian. Allah beri segalanya pada ana. Ana mampu attract lelaki-lelaki yang ana suka. Ana dapat segalanya. Ana bersembunyi di belakang dinding hipokrit ana, hidup sebagai pelakon. Hanya kawan-kawan ana yang tahu siapa ana.
Di dunia luar, ana kelihatan baik tapi di rumah, ana bertepuk sorak tentang lelaki. Aduh, teruknya ana! Ana belajar bercakap, mendengar malah melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Ana gembira kerana ramai kawan ana suka pada ana yang makin sporting. Dalam masa yang sama muncul kawan-kawan ana yang menasihatkan ana secara halus. Ana faham maksud mereka. Namun, ana kabur dengan kehidupan ketika itu kerana pada ana, sememangnya ana tidak melakukan apa-apa kesalahan! Malah terlintas di fikiran ana yang kawan-kawan yang menasihat itu terlalu kolot kerana hidup di dalam kepompong islamic mereka. Ana dapat lakukan apa yang ana teringin lakukan dulu. Bermula dengan tegur-menegur, bertanya, berbual, bergurau dan seterusnya yang semakin lama menghampirkan ana pada perkara-perkara fitnah. Ana pula sukakan gosip-gosip tentang ana lantas ana mengapi-apikan lagi semua gosip itu. Ana bangga. Dan dalam masa yang sama, kawan-kawan ana semakin cemburu…

Ana keluar date dan ana yakin ana tidak bersalah kerana berteman dan berpakaian sopan. Ana lupa yang teman ana juga keluar date seperti ana. Nampaknya, fungsi perkatan ‘teman’ itu tak bermakna. Namun, semakin lama ana semakin cemburu pada kawan-kawan ana yang selalu menasihatkan ana. Hidup mereka dekat dengan agama. Tiada unsur-unsur fitnah. Mereka ini tiada gosip dan tidak meletakkan diri mereka di dalam dunia sia-sia. Yang membuatkan ana paling cemburu, semua orang baik-baik yang ana kenal, sukakan mereka! Baru ana terfikir, setiap manusia akan mencari seorang teman yang baik dan bertaqwa. Begitu juga ana. Manusia-manusia yang leka akan mengambil jalan mudah untuk berfoya-foya terlebih dahulu sebelum mencari teman idaman yang soleh/solehah. Dan ana, ana di golongan mana? Kemudian. ana masih meneruskan kehidupan ana yang penuh dengan penipuan, hipokrit dan kebencian itu. Ana teruskan enjoy. Tanpa ana sedari, ana mengalami suatu perasaan menyesal setiap kali ana habis enjoy seperti berdating dan sebagainya. Perasaan berhibur dan menyesal itu datang bersilih ganti sentiasa. Perlahan-lahan ana tertarik semula pada kehidupan yang sebenar. Istilah ‘muda hanya sekali’ terpadam dari kepala ana.
Ana sedar. Ana sedar. Ana sedar. Kadang-kadang, ana cemburu pada kawan-kawan ana yang masih enjoy dengan hal-hal yang tidak berfaedah itu. Ana teringin bercouple, sms, terasa disayangi dan menyayangi. Sememangnya setiap manusia teringin. Namun, ana bersyukur akal ana masih boleh berfikir dengan waras akan kesan-kesannya yang memudaratkan hati. Ana kerap kali tekankan di kepala ana yang ana akan menyesal akhirnya walaupun ana enjoy seperti mereka. Ana teringat kepada perasaan menyesal seperti yang selalu ana alami dahulu:
1. Ana teringin bercerita masalah pada seorang lelaki yang boleh dianggap kawan baik seperti yang dilakukan oleh kawan-kawan ana. Namun, ana tekankan yang semua masalah ana biarlah ana sandarkan pada Allah. Ana tidak juga bercerita kepada kawan-kawan perempuan ana. Masalah, kesedihan, dan penderitaan ana biarlah jadi milik Allah.
2. Ana teringin bergelak ketawa dengan lelaki. Kemudian, muncul peringatan-peringatan Allah di kepala ana. Ana teringin berkawan rapat atau gang dengan lelaki, kemudian muncul pula kata-kata nasihat kawan-kawan ana. Sebaik-baik perempuan solehah ialah yang tidak meniti di bibirnya nama-nama lelaki dan tidak meniti di bibir mana-mana lelaki namanya. Selalu ana tekankan. Hindarilah zina. Pergi jauh. Terutamanya zina hati.... Ana tekankan bila terbuka soal couple, sms, dating dan sebagainya..
Sahabat ialah mereka yang memberitahu kamu kebenaran, bukannya membenarkan apa yang kamu beritahu…Ana tidak dengki mereka mendapat lelaki kacak walaupun lelaki itu direbut juga oleh ana dahulu. Ana tidak dengki mereka dapat makan bersama lelaki idaman dan dapat studi sama-sama. Ana tidak berdengki. Yang ana tahu, ana sayang kawan-kawan ana…..
Ya Allah..bukakanlah pintu hati kami untuk menyambut hidayahmu.

Wahai Sahabatku Yang Kecewa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.


Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allah lah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah…

Khas buat diri dan sahabat yang disayangi

Terasa berat bagi kaki ini melangkah kerana setiap hari dosaku semakin bertambah. Namun Allah itu tidak pernah membebani hamba-hambaNya melainkan sesuai dengan keupayaan. Oleh itu Dia telah berjanji bahawa: ’Kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani’ [Al-Baqarah:160]

Serulah asma’ Nya yang terkandung nama-namaNya bagi menenangkan jiwa yang lara, serulah At-Tawwab itu, Al-Ghaffar ,Ar-Rahman kerana telah dijanjikan olehNya.
’... Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.’ [Ar-Rad:28]Agama itu sebuah pencarian wahai sahabatku. Tidaklah Allah mengurniakan hidayahNya kepada mereka yang tidak berusaha. Walhal Rasulullah s.a.w yang dicintai, kekasihNya jua pergi beruzlah di gua Hira’ sebelum menjadi seorang Rasul. Baginda bermunajat, beribadah dan berdoa. Baginda mengkaji dan mendalami erti kehidupan sambil merenung keindahan ciptaanNya untuk memahami kerosakan dan kehancuran masyarakat arab jahiliah ketika itu. Peristiwa Hijrah sendiri menekankan syariatullah dan sunnatullah bukan semata-mata mengharapkan bantuanNya kerana usaha itu sebahagian daripada tawakal. Oleh itu, ayuh sahabat perkukuhkanlah keinginan dihati, kuatkanlah munajat dimalam harimu. Berdoalah agar Allah melindungimu disetiap langkah hidup mu hingga akhirnya bisa bertemu dengan pemilik mutlak seluruh semesta.

Ilmu adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya. Setiap perkara memerlukan ilmu agar diri dapat beramal dengannya dan ilmu itu mestilah ilmu yang bersumberkan Quran dan Sunnah. Seorang doktor yang berilmu namun tidak beramal dengan ilmunya pasti akhirnya akan lupa dan tidak dapat lagi untuk mengubati pesakitnya, kerana luasnya dan banyaknya ilmu seorang yang bernama doktor itu apatah lagi seorang muslim seperti:

Hadis Rasulullah s.a.w : “Kebijaksanaan itu barang hilang kepunyaan orang beriman. Di mana saja ia menemuinya, dialah yang lebih berhak ke atasnya.”

Justeru,marilah kita tambahkan ilmu di dada agar kita faham apa yang dilakukan yang seterusnya akan menimbulkan bibit-bibit kemahuan untuk melaksanakannya.Diharapkan akhirnya kita akan berjaya menyampaikan kepada saudaranya.

’Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.’[Al-Imran:104]

Jadikanlah masa silam, dosa-dosamu dan kesilapan lalu sebagai pendorong untuk diri semakin dekat kepada Nya. Tiada manusia di dunia yang tidak berbuat salah melainkan Nabi dan Rasul pilihanNya. Kita tiada bezanya, tiaga guna riak dan ujub itu kerana suatu masa nanti semua pasti akan dibuka

Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,’ [Al-Qiyamah:14]

dan ketika itu

’Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak di balas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan.’[Al-Qasas:84]

’Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya dan cukuplah Dia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;’ [Al-Furqan:58]

Aku rindukan sahabat ku....

Sahabat...
tika ini kita terpisah jauh,
jauh sekali...
ribuan langkah ku pergi
belum tentu ku temui mu...

tapi sahabat...
jarak itu tak pernah
mematahkan rasa kasih ku buat mu
aku rindukan kamu sahabat...
rindu sangat-sangat !!!

aku rindu tawa mu...
aku rindu nasihat mu...
aku rindu senyuman mu...
aah...
hakikatnya aku rindukan segalanya tentang diri mu...

sahabat...
kini aku semakin jadi anak kecil
sentiasa ingin diberi perhatian dan sokongan
tapi hingga kini...
tak ade yg bisa mengganti mu di sisi ku.

sahabat...
aku rindu insan yang dulu
memapahku,
tika ku tersunggur...
menyapu air mata ku,
tika ia mengalir laju...
menegurku,
bila diam menyerbu...
membantuku,
tika sakit selalu menguji ku...

dan aku rasa terlalu kehilangan mu,
bila tiada lagi insan yg sudi mebetulkan ku
tika ku tersalah perhitungan
aku seolah-olah terus hanyut di situ...

sahabat...
lupakah kamu ???
dalam waktu-waktu lalu
pernah ade nostalgia indah bersama
yang terlakar di kanvas hidup itu...

berjabat tangan kita
kerna sebuah ukhuwwah...
membelah langit bersama
demi satu impian...
melangkah pada hari pertama
dengan penuh harapan...
berlari berkejaran
kerna sebuah pengajian...

lupakah kau sahabat ku...

dengan linangan air mata
aku melakar rasa rindu buat mu
sebagai bukti aku rindukan mu
sahabat ku ....

aku ingat lagi,
satu masa kita masing-masing mengadu lemah
cuba mencari semangat dengan roh 'Sang Murabbi'
tapi akhirnya roh itu menyendiri
sedangkan kita asyik berkongsi cerita sendiri...

ketahuilah sahabat...
berkali-kali aku menyeru pada diri ku,
aku bisa hidup tanpa mu
aku harus hidup di atas kaki sendiri
aku mesti cuba melupakan kenangan itu

tapi hakikatnya aku tak bisa sahabat
kerna aku terlalu sayangkan kamu...
kadang-kadang khabar dari sana
membuatkan hatiku sakit lagi,
sakit rindu...

sahabat...
foto-foto kamu masih kemas ku simpan dalam folder ku
tanpa sanggup aku membeleknya kesekian kali
kerna ku takut air mata ini gugur lagi
aku tak nak terus lemah dan lesu begini

aku mesti cuba dan cuba lagi !!!!

sahabat...
tahu kah kamu rindukan ku ini ???

sahabat...
aku tak pernah salahkan diri mu
atas kejauhan mu dari ku
kerna perpisahan ini pilihan ku.
tapi ku tahu...
mungkin kesibukan dengan amanah dan tanggujawab mu
yang memaksa semua ini terjadi.

aku redha dalam kesakitan dan kerinduan...
tapi satu yang ku pinta sahabat...
jangan lupakan aku...

siapa pun aku di hati mu...
ketahuilah sahabat ku...
kamu tetap insan istimewa di hati ku...

          aku rindukan sahabat ku...

Sunday, December 26, 2010

assalamualaikum...cinta~~~~~

cinta itu amanah Allah
dan amanah adalah sesuatu yang paling berat
bertuahlah andai jatuh cinta dan dicintai

jauhilah segala yang haram
kerana cinta itu benih,
benih untuk membina ummah
kalau sayangkan agama,
cintakan Allah,jauhkan cintamu dari maksiat
memang payah,
kerna ada cinta yang sudah jadi panahan iblis,
maka,sentuh tak pe,
berdua-duan tak pe,
buat sesuatu yang datangkan fitnah tak pe.
kalau cintakan Rasulullah,ikutlah kata baginda,
sulamlah cinta dengan ijab dan kabul,
kalau cinta,
ikrarlah bahawa ku akan bawa dia ke syurga bersamaku.
maka,untuk ke syurga itu ada pelbagai syarat
,
ikutlah sebaik mungkin,
pedih hati,calar jiwa,
bila lihat orang yang dicintai menjauhi landasan Allah.
itulah sebenar cinta
walaupun hampa!

cinta itu penyelamat,
jadilah kamu
tangan-tangan yang menarik dia ke jannah.
jangan jadi
tangan-tangan menolak dia ke neraka jahanam.
org bercinta selalu kata
"love u forever"
tapi.
perbuatan,bagai hanya menggilai cinta dunia,
kalau ingin selamanya,
biarlah cara yang betul,
maknanya kita akan bersama
sampai ke syurga

Friday, December 24, 2010

resuLt oh ReSuLt.....

~saat di televisyen semulanya berkisar tentang PMR~
tetiba teringat resultku..huhuhu....bkan result PMR(dh lepas saat & waktu itu)
tp reSuLt firsT SeM Ku berada di universiti......(sungguh mendebarkan)

alhamdulillah, wal hamdulillah, wal hamdulillah!!!

kali pertama saya ingin membuka keputusan peperiksaan akhir sem 1,,,saya amat berdebar2. sebelum keputusan itu dilihat, ada seseorang yang mengajak saya solat dhuha dan solat hajat. semoga keputusan yang bakal dilihat nanti akan benar2 kita redhai. saya benar2 terkesan dengan solat2 tersebut. masyaALLAH, betapa hebatNYA ALLAH,,, saya meneruskan langkah2 kemuncak dengan menggerakkan jari-jemari untuk mencari2 halaman keputusan yang amat dinantikan secara online.

segalanya telah ditentukan,,,
alhamdulillah, akhirnya saya lulus. ALLAH amat tahu apakah yang terbaik untuk hamba2NYA. saya kini sedang meneruskan langkah2 yang baru sahaja saya mulakan berada di Sem 2. Ibu tiada di sisi saat saya mendapat keputusan itu. Ibu pasti gembira. saya terus menggapai ganggang telefon untuk menelefon Ibu yang sedang dalam perjalanan ke perak untuk menghadiri satu kursus. Ibu, akak LULUS!!! Saya tahu, Ibu sangat2 gembira...

~Ingatlah bahawa kejayaan yang hakiki adalah meraih syurga-Nya. Jangan lupa untuk lakukan sujud syukur~

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yan...g baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar." [As-SafF:13)

status masing2 meletakkan puji2pujian kepada ALLAH. masing2 berjaya meraih kejayaan itu. namun bersabarlah jika keputusan itu bukan kehendak kita. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita. janganlah kita merasa lemah.

**************
terkejut!!!

sekali lagi saya terkena kejutan budaya. saya akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana di universiti. masih memerlukan masa untk mencari peluang dan ruang yang serasi dengan kita. namun saya amat bertuah kerana dikurniakan kakak2 senior yang best dan saling mengambil berat antara satu sama lain. BIAH SOLEHAH sedang menanti dihadapan. saya juga ingin menyumbangkan sesuatu walau sekecil mana kepada biah tersebut.

terlelap!!!

terlelap atau saja2 tidur,,,???
bak kata ukhti mindset perlu ditetapkan kepada tahap yang benar2 diperlukan ketika belajar. buat persediaan yang sebenar2nya. wuduk,,,doa,,,tumpu,,, gula2 atau air kopi hanya iringan sahaja. sebenarnya kita mampu untuk melawan perasaan yang bermain2 di benak kita. jadi,,, KITA BOLEH!!! jadi, nasihat kepada kawan2 yang nampak kawan2 yang terlelap, ajaklah dia untuk melawan perasaan mengantuk itu. berikanlah dia semangat.

sejenak merenung,,,

SUKA atau DUKA

PAHALA atau DOSA

AL-QURAN atau MAJALAH PICISAN

KEREDHAAN-NYA atau KEMURKAAN-NYA

KEBAIKAN atau KEBURUKAN

BERKHASIAT atau BERPENYAKIT

MANFAAT atau HIBURAN

Bersama-samalah kita refleksi diri..
Ruang untuk memperbaiki kelemahan diri sentiasa terbuka luas bagi orang-orang yang mahukannya..

* mahu berceloteh lagi panjang,
semoga diberikan lebih ruang,
berdoa satu jemaah dalam berjuang,
manfaatkan masa jangan lengang,,,

kita Hamba ALLAH


kAu DaN aKu SaMa

hidup manusia. macam2 kerenah kalau kita betul2 peka dengan sekeliling kita. ada yang baik. ada yang jahat. ada yang positif. ada yang negatif. tidak banyak yang berlaku. perkara sama yang berlaku setiap hari. makan. tidur. cuci mata. mandi. tengok tv. bosan. *err,apa yang saya merepek ni*
ok. berbalik tujuan menulis.

berjalanlah kamu di atas muka bumi ALLAH agar kamu mendapat pengajaran dan pelajaran.
 
banyak kes2 terbongkar dan dibongkar pihak media untuk tatapan umum.terutamanya masalah sosial yang

didedahkan selalu oleh media cetak termasuklah perkahwinan yang hancur , akhlak masyarakat yang kurrang

menyenangkan... youtube pula tidak habis2 dengan video2 porno. begaduh. bertumbuk. bukan setakat lelaki. 

perempuan pula tu. di mana letaknya malumu wahai wanita?

masalah ummat ini bukan menjadi tanggungjawab para imam. atau ketua kampung. atau mak bapak. tetapi 
menjadi tanggungjawab semua untuk tangani. SEMUA. harap faham. SEMUA. andai ada sahaja kawan2 mengadu tentang masalahnya, janganlah pula kamu mengabaikannya. sekecil2 masalah kawan2 itu juga masalah ummat. kan88?

ramai para pejuang dan penegak agama berjuang habis-habisan untuk menangani masalah ini. NGO2 ramai turun padang menganjurkan pelbagai program untuk menarik golongan muda supaya tertarik dengan keindahan ajaran Islam. supaya gejala2 umpama virus apademik ini tidak tersebar meluas lagi. supaya perangai buruk kamu2 semua tidak menjadi barah atau kanser. *hu88* peringatan untuk diri.

ramai juga yang berpendapat masalah ini berpunca daripada tidak menjaga aurat. rata2 sebahagian kawan2 saya setuju dan mungkin juga kamu juga setuju. saya terdengar daripada kata2 imam muda (IM) Asyraf, aurat ini bukan setakat luaran malah suara dan cara jalan pun aurat. adakah suara itu surat. TIDAK!!! suara yang dilenggok-lenggokkan itu sebenarnya aurat. cara jalan yang sengaja dilenggok-lenggokkan juga aurat. SUARA perlu tegas. CARA JALAN juga perlu kelihatan tegas. ok semua?

kini ramai yang mempromosikan tutup aurat. tapi kebanyakannya saya jumpa tutup aurat dari segi luaran. ya,saya x nafikan. ramai lelaki2 di luar sana mengimpikan zaujah atau bini atau isteri memakai pakaian dengan sempurnanya. tudung labuh. jaga pandangan. kata2 yang baik. tidak bergaul dengan lelaki ajnabi. ya, saya x nafikan. semua impikan wanita yang sempurna.

tapi sebagai seorang perempuan dan da'ie, saya katakan bukan mudah untuk membentuk peribadi muslim sebegitu. bukan dengan sekelip mata mengubah penampilan yang begitu menjaga aurat dengan sempurna sebegitu walaupun sebahagian daripada mereka tergolong dalam golongan tarbiyah. harap faham, ye.

*kalau kau jadi muslimah dan dai'e, kau akan faham jua.*

tarbiyah itu panjang prosesnya. perlukan mujahadah. ujian yang datang bertimpa2. tika diri ingin berubah, nafsu datang merayu-rayu. tika diri ingin berhijrah, syaitan datang mencucuk-cucuk. kefahaman keluarga pula banyak mempengaruhi kehidupan seorang wanita itu. penampilan ibunya. penampilan kakaknya. penampilan adiknya. ya, kita perlu bermujahadah. LAWAN SEMUA ITU. LAWAN DENGAN AZAM YANG TEKAD!!!

"Allah Ta'ala akan sentiasa menguji antum pada titik terlemah antum.
Orang yang lemah dalam masalah harta, namun kuat dalam masalah pangkat dan wanita, tidak diuji dengan wanita dan pangkat. Orang yang sentiasa mudah tersinggung dan pemarah, akan diuji oleh Allah dengan dipertemukan dengan orang-orang yang sentiasa membuatnya tersinggung dan marah.

Seseorang yang sentiasa berlambat-lambat dalam dakwah kerana alasan ‘isteri, mertua, tetamu' akan sentiasa dihadapkan dengan alasan-alasan itu, ‘mertua datang, tetamu datang silih berganti,' yang akan terus menundanya untuk bersegera menghadiri program dakwah, sampailah dia boleh mengutamakan agenda dakwah dalam kehidupannya"
(K.H. Rahmat Abdullah,Episode Cinta Sang Murabbi)

ada di antara kawan2 saya, saya perhatikan ada yang berubah perlahan2 dari segi batas pergaulan. dari segi batiniah. dari segi akhlak. dari segi sahsiah. lembut. bersahaja. matang. namun belum sempurna lagi secara zahirnya. namun jujur saya katakan saya jatuh hati padanya. sangat sempurna bagi saya. relevan dalam membuat keputusan. membantu kawan2 sedaya upaya. sesulit mana pun dia, dia sanggup membantu. pengalaman yang mematangkan usia. saya sayang awak. awak mengingatkan saya kepada SYURGA. =)

kepada kaum adam, jangan terlalu mengharapkan kepada kesempurnaan lahiriah. hati belum tentu lagi baik.

kepada kaum hawa, saya sayang awak. walau belum sempurna zahirnya, tidak mengapa. berubahlah perlahan2. moga2 perubahan itu akan membawa awak kepada perubahan lahiriah dengan keyakinan yang tinggi. kepada 'awak', terima kasih kerana menyedarkan saya. kepada kaum hawa yang sudah dilitupi kain kerudung yg molek dan sempurna, pastikan penjagaan rapi juga kepada kebersihan dan penjagaan yang kemas kepada akhlak. *peringatan untuk ko juge ye* *baik!!!*

jadi, don't judge the book by it's cover ye. peringatan untuk diri. . tegurlah kawan2 yang menginginkan kebaikan.
 

kate-kate semangat insyaALLAH...

assalamualaikum.. ya akhi/ukhti.. bacalah ikhlas dari ana.. Jangan biarkan diri kita hidup sendiri.. Nanti

hidup kita umpama tidak berkemudi.. Carilah insan yg dapat membimbing hati.. Agar hati terjaga hingga

kita bertemu ilahi.. Hati itu kunci diri.. Sempurna ia sempurnalah diri.. Rosaklah ia binasalah diri.. Hanya

Iman dan taqwa pencuci hati.. Agar diri sentiase bercahaya ketika menemui ilahi.. Hati adalah seketul

daging dalam diri.. Terciptanya rapuh akan nafsu duniawi.. Kuatkn lah ia dgn mengingati ilahi.. Sinarilah

ia dgn tangisan taubat terhadap ilahi.. Lembutkan lah ia dgn membaca al-Quranul karim.. Agar ia

sentiasa teguh dan tetap di jalan ilahi... hargailah nikmat iman dan islam.kembali kepada alquran dan

assunnah.dunia ni medan kita diuji.. setiap orang yang mengaku beriman pasti akan diuji.dan apalah

daya kita,insan yang lemah.. La haula wa la quwwata illah billah. Allah adalah sebaik-baik sandaran.

Allah is really superb. kita kembali kepada Allah kerana Allah baik,sangat baik, terlalu baik, paling

baik,terbaik.yakinlah.ana berpesan kepada diri ana dan sahabat ana sekalian yang tak dapat lari dari

dosa agar jangan sesekali berputus asa mengharap rahmat Allah..dan alhamdulillah,ana bahagia jadi

hamba Allah. walaupun ana bukanlah hamba yang baik,tapi tak salahkan, kalau ana atau

antum/antunna cuba lagi untuk lakukan yang lebih baik? pastu,istiqamah insyaAllah.memang susah,tapi

tak salahkan, kalau kita beri peluang untuk diri sendiri?kalau tak berjaya, cuba lagi dan lagi dan lagi dan

lagi.tak mengapa kalau kita selalu kalah… tak salah kalau kita selalu kalah.tapi salah kalau kita berputus

asa dan terus mengalah.inilah satu kerugian yang amat besar.mengapa harus putus asa?…sedangkan

rahmat Allah kan luas?saudaraku, muslimin muslimat,sama-sama kita berjuang mendidik nafsu agar

mentaati Allah. insyaAllah mudah-mudahan kita menjadi hamba Allah yang diredhai di dunia dan

akhirat.amin. Seberat mana pun ujian yang Allah beri pada kita...terima lah dengan hati terbuka...

Thursday, December 23, 2010

~Mak Ayah~




insan yg d sygi.....
mak n ayah...
mrekalah.. pembakar semangatku..tnpa mreka...siapalah aku...
syg kalian krn ALLAH..moga kalian sntiasa bhagia mmiliki ank sptku...=)

~..MAK..~
syukran awi2...ats sgala bakti yg dcurahkn...sgala nasihat n pringatan aknku semat dlm jiwa ini..
kasihilah ankmu ini...ankmu sntiasa myayangimu...
aknku cube m'btmu tersenyum gmbira mlihatku berjaya....=)
doaknlah ankmu ini..mudah2an d beri kkuatan utk meneruskn perjuangan yg msh jauh lg ini..
maafkn ankmu ini..andai pernah mlukakn htmu....andai pernh terkasar bhs dgnmu..
Ya ALLAH...brilah ksihatan yg baik utknnya....aku amt menyayanginya....
uhibbuki hubban jamman! =)

~..AYAH..~
stiap kata2mu slalu m'bt ku sedar akn keikhlafan dri ini... byk lg yg xku mgerti erti khidupn...
t'lalu byk pengorbanan ayh utkku...syukran ya walidi mahbub!=)
tiada upayaku utk mmabalasnya... knku brikan kjayaan utkmu..
agr aku dpt merasai kehangatan plukannmu...
terlalu rindu!!!....
smoga ayh sntiasa d bwh rahmatNYA....
ya ALLAH..pliharalah ksihatan bapaku ini....aku ingin dia mlihat aku berjaya dlm hdup...
brilah ktenangan utknya... ya ALLAH....
uhibbuka hubban jamman! =)

9 Siti Yang Perlu Di Contohi

Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

Siti Fatimah
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.

Siti A’ishah
Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

Siti Mariam
Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

Siti Asiah
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

Siti Aminah
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

Siti Muti’ah
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Adakah kita tergolong antara Siti-Siti ini? Tepuk dada tanya iman. Sama-sama kita tingkatkan ilmu kita untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.
Perkataan ‘Siti’ bagaimanapun membawa maksud ‘makcik’ dalam bahasa arab.
Wallahu a’lam

iloveu!

" how can i forget u when u always in my mind ? how can i not want u when your all i want inside ? how can i let u when i can't see us apart ? how can i not love u when u control my heart ? " thats  a fact , iloveu , imizu , igotcrazyonu , ^_^

hehehe...coretan2 ini adalah utk my bestfrenz....
cpatnyer masa berlalu,insyaAllah bertemu kita di sem 2...
miss u damn much...lillah...


ukhuwah fillah itu sgt indah..moga persahabatan kami berdua kekal hingga akhir hayat...amiin.......insyaAllah...

eVerYoNe dEsErvEs iT !

dEaR LoVe , 


i'm not prefect ,
i'm not pretty ,
i'm not special ,

but everyday i wake up n see ur mownink texts , i knew rite there n then , 

i'm perfect ,
i'm pretty ,
i'm special ,


 
..............in ur eyes

Wednesday, December 22, 2010

Rahsia Solat Dari Sudut Sains Dan Kesihatan

Hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:

AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh," katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tomakninah," katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain," katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif," katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung.

Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat," katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal," katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. 

Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

- Berita Harian

Monday, December 20, 2010

I Luv You, Before I Met You

Ingin menyayangi dan disayangi adalah fitrah setiap manusia. Bohonglah sesiapa yang mengatakan "aku tak perlukan sesiapa dalam hidup... hidup matiku hanya untuk Allah." Rasullah sendiri pernah menegur seorang lelaki yang sanggup berlapar dan enggan berkahwin semata-mata ingin mengabdikan diri kepada Allah.

Kita semua memerlukan seseorang dalam hidup untuk berkasih sayang. Namun, janganlah keterlaluan sehingga menjadikan matlamat berkasih sayang sebagai satu-satunya matlamat dalam hidup. Misi kita dalam hidup ini perlu perlbagai. Sebagai hamba Allah, tentu sekali, matlamat utama adalah untuk menjadi seorang mukmin yang bertakwa. Maka, dalam perjalanan kita menjadi mukmin yang bertakwa, pastikan misi-misi kita yang lain juga seiring dalam mencapai matlamat yang utama. Ini termasuklah misi kita mencari pasangan yang terbaik.

Kebanyakkan wanita yang saya temui, menyayangi 'suami'nya lama sebelum mereka jatuh cinta. The idea of finding & marrying the best menyebabkan mereka mendambakan seseorang yang mempunyai sifat dan sikap yang baik dan terpuji. Kebetulan pula, contoh lelaki yang mereka lihat menepati ciri-ciri tersebut akhirnya benar-benar menjadi suami mereka. Wallahualam, ini perancangan Tuhan. Setiap orang sudah ditetapkan rezekinya (termasuk jodoh) dan Allah Maha mengetahui apa yang didalam hati setiap insan.
Berikut adalah beberapa wanita yang 'menyayangi suaminya' lama sebelum mereka jatuh cinta...

Kisah Kak R
Saya bertemu beliau di satu kursus dan kebetulan menjadi rakan sebilik saya. Entah macam mana terkeluar cerita kahwin. Saya tanya,"bagaimana boleh kenal?"

Menurut Kak R, mereka berdua satu universiti tetapi tidak pernah berbual. Kak R akui, suaminya semasa zaman pelajar adalah antara pemuda yang 'baik-baik'. "Ada satu kali, masa tengah bersembang dengan seorang kawan perempuan, dia (suami) lalu di tepi kami. Akak berbisik kat kawan, andai aku diberikan suami, nak yang macam dia...." beritahu Kak R sambil tersenyum.

Kisah H
H sepupu yang baru balik dari Syria. Saya bertandang ke rumah mereka untuk meraikan majlis walimah beliau dan abangnya. Malam itu, saya menumpang tidur sebilik. Saya bertanya,"bagaimana boleh kenal?"

Menurut H, dia sudah mengenali suaminya sepanjang pengajian di Syria dan kebetulan adalah kawan baik abangnya. Namun, mereka tidak pernah bersembang lebih dari urusan persatuan. Beberapa bulan balik dari Syria, si kawan abang masuk merisik. Akui H, "walaupun kami tidak pernah bersembang, saya kagumi sifat dan sikap beliau. Harapan saya masa kat Syria dulu, semoga saya memperolehi bakal suami sebaik beliau," beritahu H, tersipu.

Kisah A
Saya berjumpa A di satu Konvensyen Islam di Amerika. Usianya masih belasan tahun. Ketika itu, usia saya baru menginjak 22 tahun. Apabila mendapat tahu dia baru seminggu melangsungkan majlis walimahnya, sambil mengenggam tangannya dan gelak gembira, saya berkata,"I'm sooo jealous..."

A balas genggam tangan saya sambil memandang tepat ke mata, "you should not say that to a friend. You should say, I'm happy for you," dia tersenyum sambil menambah,"...and ask Allah to give me the same happiness."

Perancangan dan ketentuan Tuhan amat cantik, malah janjinya dalam surah An-Nur ayat 26 cukup tepat, "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."

Namun, tiada siapa dapat meramal siapa jodoh yang telah di tetapkan. Tetapi, the idea of finding & marrying the best, harus disematkan. Allah Maha Mengetahui apa yang dihati setiap manusia. Dan, Dia juga Maha Mengetahui apa yang terbaik.

Bagi saya, dari dulu (semenjak timbul keinginan untuk berkahwin), saya mendambakan yang terbaik untuk diri, keluarga, agama dan masa depan. Alhamdullilah, dalam perjalanan itu saya ditemukan dengan kawan-kawan yang memberi erti pada istilah terbaik...

Saya mendoakan agar kawan-kawan yang yang sedang mencari rezeki (jodoh) masing-masing supaya jangan putus asa. Allah mendengar isi hati anda. The idea of finding & marrying the best bukanlah sesuatu yang fairytales. Ia telah berlaku kepada beberapa pasangan dan InsyaAllah, ini juga boleh berlaku pada anda.

Saya akhiri dengan satu petikan dialog dari novel The Notebook oleh Nicholas Spark "The best love is the kind that awakens the soul and makes us reach for more, that plants a fire in our hearts and brings peace to our minds. And that's what you've given me. That's what I'd hoped to give you forever."

Tuesday, December 14, 2010

Untukmu Muslimah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
لا إله إلا الله محمد رسول الله

Insan yang dikasihi,

Peliharalah auratmu bagai berharga,

Walau dimana kau berada,

Jangan biarkan keindahan dirimu,

Menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.



Insan yang dikasihi,

Peliharalah solatmu,

Tundukkan pandangan matamu,

Di hadapan lelaki yang belum jadi milikmu,

Kelak engkaulah bertuah,

Menjadi tetamu Allah,

Moga dirimu disambut penuh kasih,

Oleh Bidadari syurga Ainul Mardhiah.


Insan yang dikasihi,

Berakhlaklah atas panduan Rasulmu,

Contohi dan ikutinya,

Pasti engkau bahagia,

Sejuk mata memandang,

Bercahaya dunia dengan hiasan wanita solehah sepertimu…


Insan yang dikasihi,

Jadikanlah dirimu seperti permata,

Yang berharga dicelah kaca,

Ikuti perintah agama dan jauhi larangan-Nya,

Jadikan panduanmu adalah Al-Quran dan Sunnah,

Kelak hidupmu mendapat berkah.


Insan yang dikasihi,

Jangan biarkan dirimu hanyut,

Dengan arus kemodenan dunia,

Tanpa ada bekalan ilmu didada,

Renungilah masa depanmu,

Tetapkan iman dijiwa,

Moga ia menjadi perisai buat dirimu,

‘jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga’




Friday, December 10, 2010

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT ( JANGAN SOMBONG UNTUK BACA DAN JANGAN KEDEKUT UNTUK BERKONGSI )

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN

RASULULLAH S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...