BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 9, 2010

ANDA MUSLIMAH? ANDA HEBAT? SILA BACA, HAYATI & PRAKTIKKANNYA, BUKAN HANYA SETAKAT MENJADI TEORI..

Assalamu'alaikum w.b.t. wahai  para srikandi muslimah
muslimah solehah insyaAllah amin~<3

sedih pabila melihat orang-orang disekeliling kita tidak memahami Islam ya?
terbelenggu dalam pemikiran moden jahiliyah
yang menyebabkan ramai terleka dan alpa
tidak lagi mengejar akhirat yang merupakan destinasi akhir
kitasedih.amat sedih.
kita boleh berusaha dengan doa dan menyeru mereka,
tapi Allah jua yang memberi hidayah pada orang-orang yang dikehendakiNya.

terutama orang-orang yang kita sayang
famili, sahabat handai. sedih.
hati ini menangis melihat mereka.
moga mereka juga akan sedar satu hari nanti
insyaAllah amin ♥

para pejuang srikandi yang amat amat ana cintai
jagalah maruah diri kalian sebaiknya
penuhilah diri dengan sifat malu yang tinggi
kita ini amat berharga.
perlu menjaga diri kita sebaiknya

jangan kita membangga diri dengan segala yang kita ada
itu semua adalah milik Allah,
milik Allah semata
semua yang kita ada ini adalah pinjaman dari Allah Yang Maha Pemurah Penyayang.

jaga diri kita sebaiknya para srikandi
ana merayu. ana merayu.
kita kena berusaha lebih kuat lagi dalam usaha menghampiriNya
Allah menyeru kita tiap hari untuk kembali padaNya
kita yang dikurniakan nikmat kefahaman Islam ini,
jagalah ia sebaiknya.
jangan kita biar ia hilang dari diri kita.
jaga sebaiknya dan sentiasa meningkatkan kefahaman Islam.
moga kita semua terus kekal atas jalan yang Allah redha.
insyaAllah.
amin.

sungguh hati ini amat menyintai kalian
♥jaga diri baik-baik ya para srikandi.
mari kita usaha untuk jaga diri kita baik-baik jangan kita tunduk pada nafsu dunia.
insyaAllah.amin ♥

~alhamdulillah~
Allah beri kesempatan waktu untuk menulis sesuatu di sini
masalah utama kita di muka bumi Allah ini ialah
selalu kalah dengan tuntutan nafsu dan terpengaruh dengan seruan syaitan

seruan syaitan yang kita tidak nampak tetapi sering kita ikuti
'kau ni cantik kalau make up lagi cantik mesti ramai lelaki suka tengok'
'suara kau sedap, kalau nyanyi depan khalayak ramai mesti ramai yang kagum'
'nanti2la solat, waktu panjang lagi, kau jalan2 la tengok2 handbag ni'

Allah jua menyeru kita saban hari,
mengingati kita dengan seruan azan
~5 kali sehari ya para srikandi, 5 kali sehari~
betapa Allah sangat ambil berat pada kita
sentiasa memberi petunjuk kepada kita, memberi yang terbaik buat kita

para srikandi yang dikasihi,
Allah kurniakan akal untuk kita sentiasa berfikir akan segala nikmat kurnia yang diberi pada kita
pabila kita banyak berfikir~
kita akan nampak segala kebesaran Allah di dunia ini
Allah yang menciptakan kita
maka adakah kita ini berhak untuk melanggar perintahnya?
segala perintah Allah itu adalah untuk menjaga diri kita
menutup aurat adalah untuk memelihara kita~
semua yang Allah perintahkan adalah untuk diri kita
kerna Allah sayangkan kita para srikandi~

simpanlah semua yang Allah beri pada kita
tidak perlulah diletak untuk tatapan umum
gambar-gambar di fb ni~
simpanlah semua untuk orang yang benar-benar layak ya.
pelihara diri kita sebaiknya~
didik diri kita dan sentiasa mempunyai sifat untuk memperbaiki diri~
bermula dari sekarang, jangan tangguh-tangguh lagi
sama-sama kita berusaha
insyaAllah. amin~

0 comments: