BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 9, 2010

kasih sayang sesama insan

23 tanda orang menyayangi kita^^

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan ALASAN kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya. (perasaan dr ALLAH)

2. Walaupun kamu sudah memiliki TEMAN ISTIMEWA atau KEKASIH, dia tidak peduli. Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.(ukwwah fillah)

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang TERBAIK walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.(Kejujuran)

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamulalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu KEGIATAN kamu.(ambik berat/Moge semuanya dlm lindungan dan jagaan ALLAH)

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'SELAMAT PAGI', 'TAKE CARE' dan lain-lain lagi walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan 'AKU CINTA PADAMU' tapi berselindung selain kata cinta (kasih sayang)

6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan SELAMAT atau mengirim SMS.(tanda ingatan)

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu MENGINGATI setiap kejadian yang dialalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya dan saat itu, matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.(kenangan y tak kan dilupakan)

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap KATA-KATA yang kamu ucapkan, bahkan mungkin KATA-KATA yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya kerana dia menyematkan KATA-KATAmu di hatinya, berapa banyak KATA-KATA penuh harapan yang kamu tuturkan padanya, dan akhirnya kamu musnahkan? pasti kamu lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.(mnjadi tanda ingatan... kata2 nasihat dan teguran)

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.(tazkirah dan usrah)

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau MENELEFON untuk bertanyakeadaan kamu bahkan dia sanggup kirimkan makanan buatmu walaupun dia adakomitmen lain yang lebih penting. Baginya kamu adalah lebih pentingpada waktu itu. kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu(bimbang dan ingin melihat teman sntiasa sihat-atas dasar dakwah)

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bilaujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'GOOD LUCK' untuk memberi semangat kepada kamu.(punca kekuatan dan sokongan)

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu BARANG MILIKNYA yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya BARANG itu sangat istimewa.(ukhwwah yang mncapai tahap berkorban demi ukhwwah..- berila sesuaty y kamu paling sayang)

13. Orang yang mencintai kamu akan TERDIAM sesaat, ketika sedang bercakap ditelefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya. (kelu memikir hadis dan hujah y dibawa)

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di DEKAT kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu. (dengan mendekatinya mmbuatkan kita lebih dekat dengan ALLAH)

15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan NASIHAT agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu. (pertemuan pasti ade perpisahn. setiap y hidup pasti akan mati)

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti SAUDARA daripada seperti seorang KEKASIH.( tidak sempurna iman seseorang andai kita tidak mengasihi saudara kita sndiri)

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.(bangun solat malam)

18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang MERINDUKAN kamu dan melakuka nhal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.(maaf memaafkan amalan y dituntut)

19. Jika kamu memintanya untuk MENGAJARIMU sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia. Bahkan diabegitu GEMBIRA kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaanmu.(sampaikan olehmu walau sepotong ayat-dakwah)

20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagianbesar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun kamukirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Tak percaya? Cuba 'CURI'HP-nya seketika pabila dia terleka atau tertinggal di mejanya.(kata-kata y mengingatkan sesuatu peristiwa)

21. Dan jika kamu cuba MENJAUHKAN DIRI daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,walaupun hal itu membunuh hatinya.(soal hati... dekatkan dengan ILahi.. pasti itu yang abadi)

22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya KESEMPATAN dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain.Dia sentiasa menunggu kamu.(sahabat sejati-susah senang bersama)

23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah MEMAKSA kamu memberinya SEBAB dan ALASAN, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta dan kasih sayang... (bertolak ansur dan menerima ujian dan nikmat dalam bersahabat dr ALLAH)

StRiVe FoR MaRdhATiLLAh   ~ukhwwah fillah AbAdaN abAda~

~  Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hubungan kekeluargaan itu digantungkan pada Arasy. Ia berkata: Barangsiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan aku maka Allah pun akan memutuskannya

~  Budi pekerti yang baik ialah jika engkau menyambungkan silaturrahim kepada orang yangmemutuskan persahabatan denganmu.(Maksud Hadis)

~  hadith qudsi, Allah berfirman;" Orang-orang yang saling mencintai keranaKu, berhak atas kecintaanKu "HR Malik dan Ahmad

~  " Kami lebih mencintai sahabat-sahabat kami dari pada keluarga kami, kerana sahabat-sahabat kami mengingatkan kami akan kehidupan akhirat, sedangkan keluarga kami mengingatkan kami akan kehidupan dunia."

~  "Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah". (HR Imam Ahmad)


P/S : "Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada',tetapi para nabi dan syuhada' mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:"Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan. Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih.."♥

0 comments: